21 February 2012

Keningau Auto Show 2012 Anjuran PKBS

Datanglah beramai-ramai di Keningau Auto  Show 2012 pada 25 Feb 2012 bertempat di Kompleks Sukan Keningau pada jam 8 pagi..


18 February 2012

PKBS Auto Club di Perarakan Maulid Nabi

Dalam melakukan pelbagai aktiviti di PKBS Auto Club, kelab ini juga tidak ketinggalan dalam mengikuti majlis perarakan sempena Maulidur Rasul untuk tahun 2012. Perarakan ini turut disertai dari PKBS sendiri dan juga dari kelab kereta.

PKBS Auto Club KK

Sebilangan kereta PKBS Auto Club yang berada di kawasan Kota Kinabalu.

PKBS Auto Club konvoi ke Sungai Imam Tawau

Jelajah konvoi ke Sungai Imam dengan ahli-ahli PKBS Auto Club sesuatu yang menyeronokkan. Dapat mengeratkan silaturrahim dan disamping juga dapat berkenalan sesama ahli kelab

Berarak Ke Majlis Perkahwinan ahli PKBS Auto Club

Sudah menjadi lumrah jika ada di kalangan ahli kelab PKBS Auto Club yang melangsungkan hari perkahwinan ahli-ahli yang lain akan berarak menuju ke rumah pengantin beramai-ramai. Seperti biasa kelab kereta ini akan hadir bagi menyerikan lagi hari majlis perkahwinan rakan mereka bersama kereta-kereta PKBS Auto Club. Tidak hairan jika ada diantara ahli kelab kereta ini yang akan melangsungkan perkahwinan, para ahli yang lain akan mengadakan perarakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama insan sekaligus memperkenalkan kelab kereta ini di kalangan kaum keluarga yang lain

Hari Keluarga PKBS Auto Club di Indra Sabah

Lokasi untuk hari keluarga pada kali ini dari PKBS Auto Club adalah di Indra Sabah. Indra Sabah yang terkenal dengan hasil ekonomi iks seperti ikan bilis merupakan salah satu kawasan yang begitu popular di kalangan penduduk Tawau. Tidak salah kelab kereta ini memilih lokasi ini sebagai tempat riadah kal ke-2.

Sumbangan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kg Sentosa sumbangan dr Persatuan Komuniti Bugis Sabah turut serta adala dr ahli2 PKBS AUTO CLUB.

PKBS dan PKBS Auto Club juga melakukan kerja-kerja amal kebajikan dalam menjadikan kelab ini begitu perihatin di mata masyarakat. Pada November tahun lalu PKBS dan PKBS Auto Club mengadakan satu majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sentosa Tawau.

Hari Keluarga PKBS di Taman Bukit Tawau Oktober 2011

Aktiviti riadah yang dilakukan oleh PKBS Auto Club dapat mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan ahli kelab. Pada Oktober 2011 Kelab ini mengadakan hari keluarga dikalangan ahli bertempat di Taman Bukit Tawau.

17 February 2012

PKBS AUTO CLUB

PKBS AUTO CLUB atau Kelab Kereta Bugis yang bernaug di bawah Persatuan Komuniti Bugis Sabah telah memiliki ramai ahli yang berdaftar di bawah kelab kereta PKBS. Kelab kereta ini ditubuhkan bertujuan untuk menyatukan seramai mana pengguna kereta berbangsa Bugis untuk bersatu melalui kelab ini. Selain itu juga ianya juga bertujuan merapatkan silaturrahim, membuat kerja-kerja amal dan lain-lain lagi dipikirkan baik.